ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor mencadangkan agar kerajaan persekutuan mempertimbangkan pelaksanaan kaedah digital sistem QR Code, sama seperti Singapura, bagi pergerakan keluar masuk Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), di negeri ini.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini merupakan salah satu daripada tiga cadangan kerajaan negeri dalam usaha kerajaan Malaysia dan Singapura menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
"Kita juga sedia maklum bahawa Singapura telah mengumumkan pelaksanaan sistem QR Code bagi pergerakan keluar masuk di CIQ bermula 1 Jan 2024.
"Negeri Johor juga berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan kaedah digital yang sama bagi melancarkan pergerakan di sempadan yang tersibuk di dunia ini," kata beliau di sini hari ini.
Onn Hafiz berkata demikian ketika sesi penggulungan pada mesyuarat keempat (Belanjawan 2024) Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini.
Beliau turut berharap bagi memastikan kelancaran pergerakan pekerja dan barang dagangan, inisiatif seperti visa pelbagai kemasukan, pas khas serta kakitangan Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam yang mencukupi, amat diperlukan.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan persekutuan melengkapkan infrastruktur utama antaranya laluan khas daripada Link Kedua ke Forest City, pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT), kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan servis feri.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri mengharapkan agar kerajaan persekutuan melihat kepada insentif fiskal merangkumi insentif percukaian seperti cukai korporat dan individu, duti eksais serta elaun cukai pelaburan.
Menteri Besar seterusnya menambah Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, yang merupakan sebahagian daripada JS-SEZ juga akan menarik pemain industri kewangan antarabangsa, khususnya dari Singapura untuk mengembangkan cawangan atau perkhidmatan sokongan mereka di Forest City.
Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MoU) berhubung JS-SEZ di Johor Bahru pada 11 Jan ini.
Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan terus memberikan tumpuan dan komitmen kepada pembangunan ekonomi di kawasan seperti Ibrahim International Business District (IIBD) dan pembangunan Ibrahim Technopolis (IBTEC).
Turut diberi perhatian ialah kawasan Perindustrian bersepadu Muar Furniture Park (MFP) di Muar; hab pembangunan sektor minyak, gas dan petrokimia di Pengerang dan Muar; pembangunan kawasan Johor Tenggara bersama KEJORA dan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), yang dijangka akan memberikan faedah dan limpahan ekonomi ke seluruh negeri Johor.
"Insya-Allah, dengan semua ini, lebih banyak pelaburan yang berkualiti akan kita terima, sekali gus mewujudkan rantaian ekonomi yang panjang seperti peluang pekerjaan, dengan gaji yang tinggi yang akhirnya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Bangsa Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia keseluruhannya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Onn Hafiz berkata ini antara tiga cadangan kerajaan negeri dalam usaha kerajaan Malaysia dan Singapura menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). -Gambar fail/Bernama
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Johor kutuk insiden serangan terhadap 3 pemain bola sepak - Onn Hafiz
Onn Hafiz tidak akan berkompromi, terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian dan keselamatan di Johor.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
Persekutuan lulus 510 projek di Johor dengan kos RM4.7 bilion - Onn Hafiz
Kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara.
Johor sasar 60 hingga 70 pingat emas Sukma Sarawak
Sasaran itu perlu dicapai bagi memastikan Johor mempertahankan dan mengulangi kejuaraan yang dilakar ketika Sukma 2022 di Kuala Lumpur.
Johor pastikan kualiti hidup rakyat Johor jadi keutamaan
Johor negeri pertama yang melaksanakan penyelarasan dengan agensi daripada Kerajaan Pusat dalam melaksanakan projek berimpak tinggi negeri Johor.
Sultan Ibrahim kurnia darjah SMIJ kepada Menteri Besar Johor
Majlis pengurniaan darjah berlangsung di Istana Besar, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan yang ke-65.
Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.
Singtel nyata kesediaan bangunkan kampus pusat data di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengadakan sesi perjumpaan dan lawatan ke Singtel yang merupakan salah satu daripada empat syarikat telekomunikasi utama di Singapura.